Assalamualaikum dan selamat sejahtera para netters!!! Anda dialu-alukan ke laman web. Laman web ini diwujudkan agar dapat memberikan kesempatan kepada pihak ibu bapa serta penjaga pelajar KKBP Sekolah Menengah Pendeta Za'ba, serta pihak umum mengetahui perkembangan pendidikan kelas ini. Kelas ini telah diwujudkan pada 1hb.April,1998 dan ianya dikendalikan oleh Encik Shamsuri bin Haji Abdul Razak, seorang lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Keramaian pelajar ketika itu ialah seramai 7 orang. Mereka terdiri daripada 5 pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan. Kini, setelah beberapa tahun berlalu, bilangan pelajar telah meningkat kepada 17 orang. Mereka terdiri daripada pelbagai kategori seperti ADD (Hyperaktif), autisma, disleksia, down sindrom , pertuturan dan terencat akal. Bilangan tenaga pengajar pula ialah seramai lima orang. Kesemuanya mempunyai kelulusan di bidang Pendidikan Khas. Kandungan web ini akan memperkatakan tentang Kurikulum dan Kokurikulum yang dilaksanakan di kelas KKBP SMKPZ, aktiviti para pelajar, Badan Kebajikan Kelas KKBPSMKPZ, ciri-ciri pelajar kelas KKBP, pencapaian para pelajar, koleksi rangkaian web Pendidikan Khas,Buletin Pelajar, Forum, Ruang Chat dan sebagainya. Akhirnya, disediakan Ruang Buku Lawatan dan jika sudi, bolehlah anda para netters memberi pandangan anda. |
|